Skip to main content

Posts

Showing posts from October 8, 2017

Tips untuk shoot gambar kek

Selepas baca satu blog baru saya tahu beberapa tips untuk ambil gambar makanan atau untuk saya ialah kek... Dari pemahaman saya, faktor paling utama ialah cahaya. Cahaya matahari atau natural light adalah cahaya yang paling bagus, tetapi bukan cahaya pada kawasan lapang yang panas dek terik mentari. ianya cahaya di kawasan bawah pokok, atau bawah bumbung bangunan seperti garaj, pondok atau khemah. kedudukan cahaya diposisi arah jam 9 dan 3 yang baik. Faktor keduanya ialah faktor base/meja tempat makanan itu diletak. dimana warna kuning warna yang patut dielakkan manakala warna putih atau warna asal kayu adalah warna yang menaikkan seri gambar tersebut. jadi sekarang apa yang penting untuk saya ialah kena praktikkan...dan..ini gambar gambar yang saya ambil. ya, masih diperingkat bawahan lagi. Kedua-dua Gambar ini diambil waktu cuaca mendung Gambar ini diambil waktu petang dalam cuaca cerah