Skip to main content

Tonton video produk kami di sini


Comments

Popular posts from this blog

Baking powder Vs Soda Bikarbonat

Di Malaysia, baking soda atau soda bikarbonat adalah merujuk kepada perkara yang sama, tetapi di Amerika sebagai contoh, ia disebut sebagai baking soda. Baking soda dan baking powder/serbuk penaik tidak boleh ditukar ganti, tapi matlamat keduanya adalah sebagai ejen penaik. Apabila dimasukkan ke dalam adunan, ejen penaik menyebabkan gelembung udara (yang terhasil melalui bahan adunan yang dikacau, diadun atau dipukul) yang mengembang apabila adunan dimasak maka terhasillah adunan kek yang gebu dan mengembang naik. Baking soda merupakan bahan penaik asli(BASE). Bahan ini akan bertindak balas dengan kelembapan dan bahan berasid untuk menghasilkan tindakbalas kimia yang menyebabkan kenaikan kuantiti makanan tersebut . Apabila sesuatu resipi itu memerlukan baking soda (BASE), ia biasanya memerlukan beberapa jenis ACID. Seperti susu mentega, gula perang, yogurt, jus lemon, cuka, krim tartar, sirap pekat, sos epal, serbuk koko semulajadi (proses tidak dutch), atau madu.  AC

Tips untuk elakkan edible image berkedut

Dah lama rasanya saya tak menulis blog. Untuk perkongsian hari ini ialah bagaimana mahu kurangkan kedut edible image di atas kek. Pada pengetahuan saya, edible image ini dibuat di atas kertas gula dan dicetak menggunakan printer yang khusus menggunakan pewarna makanan. Pengalaman saya pula dalam mengendalikan edible image ini sangatlah menyedihkan. Contohnya boleh tengok gambar dibawah ini, begitu berkedut sekali....mujurla sangat yang tempah ini jiran yang sporting sangat... Kemudian tak lama lepas tu ada lagi order kek nak letak edible image juga...waduh...berpeluh rasanya dok menaip dalam google tips-tips berkesan untuk meletak image atas kek. Syukur ada satu tips yang saya yakin berkesan dan boleh membantu....iaitu menggunakan coklat compound yang dicairkan. Dibawah ini saya kongsikan gambar edible image itu telah diletakkan atas coklat compound. Cara-caranya:- cairkan coklat compound menggunakan method double boil Berapa banyak? sekadar mencukupi untuk di

Pentingkah Gred telur untuk baking?

DiMalaysia, telur akan diperiksa dan digred mengikut saiz/gram dan kualiti mereka. Warna kulit telur itu (coklat atau putih) ditentukan oleh baka ayam dan mereka mempunyai kandungan nutrisi yang sama. DiMalaysia hampir kesemua pasaraya dan kedai runcit menjual telur jenis warna coklat. Warna telur kuning adalah bergantung kepada diet ayam itu. Sistem penggredan yang saya fahami diMalaysia adalah AA, A, B dan C. Ianya merujuk kepada kualiti luaran dan dalaman telur, dan saiz telur. Saiz telur antara lebih besar-lebih 70gm, besar-65gram, sederhana-60gram dan kecil-55gram. Sentiasa gunakan telur saiz yang dinyatakan dalam resipi. Jika saiz tidak dinyatakan dalam resepi itu, maka aggaplah ia adalah telur saiz A-besar. Kebanyakan telur yang digunakan untuk baking kek adalah pada suhu bilik. Satu cara yang cepat untuk memanaskan telur ke suhu bilik adalah dengan meletakkan ia di dalam air panas (bukan air mendidih ya :) ) selama 10 - 15 minit, jika tidak mahu maka boleh biarkan i