Skip to main content

Posts

Showing posts from October 14, 2018

Kebaikan minyak zaitun dalam Kek

Photo by Buenosia Carol from Pexels Tak dinafikan kek mengandungi lemak yang mengandungi banyak kalori.  Sungguhpun yang demikian, kita masih boleh menikmati kek kita dengan rasa gembira apabila mengetahui bahawa kita boleh menyediakan kek yang sihat dengan menggunakan minyak iaitu bukan lemak padat, seperti mentega dan lemak sayuran.  Ketahuilah bahawa setiap jenis lemak memberi kesan kepada kek dengan cara yang berbeza.  Kelembutan dan kelembapan kek berasaskan minyak lebih lembut dan lembap daripada yang dibuat dengan mentega, kerana protein minyak dapat menyaluti protein tepung gandum lebih baik daripada mentega. Manakala protein yang terhasil dari mentega tidak dapat menyaluti protein tepung gandum dengan secukupnya, maka protein tepung gandum ini akan mengikat dengan air. Hasilnya membuatkan struktur kek tidak begitu gebu dan agak kenyal.  photo credited to Pexels Minyak zaitun merupakan salah satu minyak yang paling sihat kerana asid lemak tanpa monounsaturated , m