Skip to main content

Posts

Showing posts from March 26, 2017

Apa itu Mentega & Fungsinya

Butter atau mentega merupakan salah satu bahan bakeri yang paling utama dalam pembuatan kek. Di Malaysia kebanyakan jenama yang sering kita temui di pasaraya ialah produk FarmCow, Buttercup dan Fernleaf. Mentega ini merupakan produk tenusu yang diperbuat daripada lemak susu lembu yang telah dipisahkan daripada komponen susu lain. Mentega mempunyai kira-kira 80% lemak mentega, ditambah 18% air dan 1% hingga 2% pepejal susu. Keunikan rasanya yang lemak berkrim memberikan masakan kek kita sedap dan lazat!. Ada beberapa penjelasan yang boleh didapati di beberapa laman web, bahawa sebelum ini mentega dianggap sebagai penyebab masalah kesihatan seperti kardiovaskular. Tetapi kini orang ramai menganggap mentega ini merupakan makanan yang sihat asalkan kita tidak mengambilnya secara berlebihan. Fungsi lemak dari mentega dalam kek adalah lebih kompleks. Kek biasanya dibuat dengan kaedah Creaming atau kaedah yang semua dalam satu. Peranan lemak adalah berbeza dalam setiap kes.