Skip to main content

Posts

Showing posts from April 2, 2017

Perbezaan Gula Putih dan Gula Perang

   Ada pelbagai jenis gula putih yang boleh diperolehi di pasaran, seperti gula kasar, gula castor, gula icing dan gula kiub. Gula putih merupakan sukrosa yang terlerai selepas diekstrak daripada tebu. Apabila tebu sedia dituai, jus nya akan diekstrak dan proses ini dilakukan sehingga kelembapan dan tahap kandungan air berkurangan. ketika itu sukrosa semulajadi dalam jus mula terjadi. Perkataan Sukrosa berasal dari Perancis. Istilah ini bermaksud molekul gula yang terdapat dalam tumbuhan dan madu. Selepas proses ini dilakukan maka terbentuklah serbuk gula yang dikehendaki. untuk menjadi gula putih satu peringkat 'pemutihan/bleach' akan dilakukan. Proses kimia inilah menjadikan gula yang diekstrak dari tebu menjadi putih. Fungsi Gula Selain daripada fungsinya sebagai pemanis pada makanan dan minuman, ianya juga membantu dalam proses tindak balas kimia semasa memasak dan baking. di mana, ketika proses masak dan baking, gula akan menghasilkan keperangan atau caram