Skip to main content

Posts

Showing posts from February 4, 2018

KINDER JOY OH...KINDER JOY

Terus-terang nak bagitau, bukan senang nak menyiapkan kek sebesar ini ya. Saya memang sangat menghormati pakar-pakar kek fondant ini. 2 hari tangan saya sengal-sengal.... huhu. Nak uli fondant ini oh Tuhan punyalah payah.  Inilah dia gambar kek bersama birthday boy. Kek ini tingginya adalah 10 inci dan beratnya melebihi 3kg. Maaf mesin penimbang saya boleh timbang setakat 2 kg sahaja :) Untuk base kek ini saya buat butter Orange delight kek bersama cream cheese. Dan kalau nak tahu, kek ini tak cukup fondant...hehehe.... sepatutnya kena guna 1.5kg fondant tapi saya guna cuma 1kg sahaja. Ingat dah cukup, jadi nak cukupkan dia saya nipiskan ketebalannya. Itu yang nampak tidak kemas...hehe. Pengalaman ini amat berharga untuk saya, sebab saya sudah faham bagaimana untuk tahu ketebalan fondant, jumlah fondant dan membentuk kek 3D ini.  Jadi projek saya yang seterusnya ialah kek Hello Kitty pula! OK, Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini.  Terima Kasih.