Skip to main content

Posts

Showing posts from March 19, 2017

Jenis-jenis tepung dan kegunaannya

Kita selalu pergi ke pasaraya dan kedai runcit untuk membeli keperluan dapur. Dan ianya bergantung kepada apa yang kita perlukan. Contohnya tepung. Di Malaysia ada pelbagai jenis tepung contohnya tepung gandum, tepung beras, tepung pulut, tepung jagung dan sebagainya. Di sini saya ingin kongsikan tepung yang berkaitan dengan bakeri, Insya Allah saya akan kongsikan artikel tepung yang selalu digunakan dalam masakan kuih-muih tradisional Malaysia.  Tepung Gandum Tepung pelbagai-guna atau selalunya dilabelkan tepung gandum adalah tepung yang paling biasa digunakan dalam kategori bakeri. Tepung ini diperbuat daripada campuran tepung gandum halus dan kasar.Gandum merupakan bijiran yang mengandungi protein dan kanji. Tahap kandungan gluten dipengaruhi secara langsung oleh tahap kandungan protein yang ada pada tepung gandum. Maka kualiti prestasi tepung gandum itu dinilai berdasarkan berapa banyakkah gluten yang dapat dihasilkan. Ini kerana ia penentu struktur dan tekstur ramuan y