Skip to main content

3 Sebab Kenapa Saya Suka Essential Oil Lavender






Hi! Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Kali ini saya nak share pasal Essential Oil Lavender(eo lavender)...saya dah amalkan guna eo lavender ini sejak setahun yang lalu dan dengan izin Tuhan, banyak kebaikannya yang telah saya dapat. Di antaranya:-
Pertama, sangat membantu bila ada kecemasan di dapur seperti terkena minyak panas... Bila dah terkena tu..peritnya rasa kulit..nak hilangkan pun ambil masa juga. Biasanya sebelum ini saya guna minyak biasa-biasa yang beli di kedai jamu, Tapi tempoh nak pulih tu memang agak lama juga dan ianya meninggalkan parut-kulit warna gelap...itu yang tak bestnya.. Jadi bila saya baca artikel dalam google dan rujuk pada buku mengenai fungsi Essential Oil Lavender ini...saya pun try test :) guna. Alhamdullilah...memang ada perbezaan. Dan yang paling best kulit tak ada kesan parut. Kesan sementara bila kita guna Essential Oil Lavender, kulit akan terasa panas sikit dalam 10 saat. Ok sangat tu sebab lepas itu kita akan rasa lega sebab rasa perit itu dah hilang.
Kedua, kekadang ada juga datang rasa gatal-gatal pada hidung terutama lepas cuci muka. Mungkin sebab alah dengan makanan..Cuma nak share pengalaman saya ini, bila hidung dah gatal tu..aduh...susahnya nak buat kerja lain, nak solat pun payahnya nak khusyuk. Tak tahu buat macam mana..kita cubala sapu Essential Oil Lavender ni pada area itu..mula tu masih ada rasa sedikit gatal-gatal..tapi dalam beberapa minit rasa gatal itu dah hilang dan bila saya amalkan pada pagi dan malam sapu Essential Oil Lavender yang sudah dicampurkan bersama minyak zaitun, rasa gatal pada muka sudah tiada.
Ketiga, pengalaman saya bila tangan terkena gelas kaca yang dah pecah. Ianya berlaku waktu tengah cuci pinggan..waktu nak seluk tangan dalam gelas itu baru tersedar gelas itu dah terpecah dua..jadi empat jari saya terluka di bahagian tengah...nasib saya baik, Essential Oil Lavender masih ada..cepat-cepat saya sapu pada luka tersebut. Alhamdullilah..luka itu cepat pulih dan mujur sangat takde kesan parut.
Baiklah...ini antara pengalaman saya sendiri. Saya harap saya akan kongsikan pengalaman saya yang lain di masa akan datang.
Dan ingin saya nyatakan di sini bahawa Essential Oil Lavender ini bukan sejenis ubat tapi ianya ialah minyak pati tumbuh-tumbuhan dan namanya diberi berdasarkan nama tumbuh-tumbuhan juga. Maka Essential Oil Lavender ini diambil dari bunga lavender yang ditanam diladang-ladang yang telah diiktiraf dan mengikut kawal selia yang ketat. 
Apa yang penting ialah, cara hidup dan amalan kita yang perlu kita jaga bagi menentukan tahap kesihatan yang baik. Bagi saya pencegahan itu lebih baik dari merawat.

Comments

Popular posts from this blog

Pentingkah Gred telur untuk baking?

DiMalaysia, telur akan diperiksa dan digred mengikut saiz/gram dan kualiti mereka. Warna kulit telur itu (coklat atau putih) ditentukan oleh baka ayam dan mereka mempunyai kandungan nutrisi yang sama. DiMalaysia hampir kesemua pasaraya dan kedai runcit menjual telur jenis warna coklat. Warna telur kuning adalah bergantung kepada diet ayam itu. Sistem penggredan yang saya fahami diMalaysia adalah AA, A, B dan C. Ianya merujuk kepada kualiti luaran dan dalaman telur, dan saiz telur. Saiz telur antara lebih besar-lebih 70gm, besar-65gram, sederhana-60gram dan kecil-55gram. Sentiasa gunakan telur saiz yang dinyatakan dalam resipi. Jika saiz tidak dinyatakan dalam resepi itu, maka aggaplah ia adalah telur saiz A-besar. Kebanyakan telur yang digunakan untuk baking kek adalah pada suhu bilik. Satu cara yang cepat untuk memanaskan telur ke suhu bilik adalah dengan meletakkan ia di dalam air panas (bukan air mendidih ya :) ) selama 10 - 15 minit, jika tidak mahu maka boleh biarkan i...

Jenis-jenis Kek keju

Emmmpph....kek keju merupakan kek yang paling saya suka. Rasanya seperti ais krim dan teksturnya lembut berkrim....antara search engine google kegemaran saya ialah resepi kek keju. Bila kita rujuk pada search google, maka akan keluar 2 jenis kategori iaitu no baking cheese cake dan baked cheese cake. No baking cheese cake atau kek keju tanpa dimasak selalunya menggunakan kombinasi krim keju dan whipping cream (Dairy/non-dairy). dan satu lagi resepi mengandungi kandungan gelatin dan putih telur.  Manakala baked cheese cake atau kek keju dibakar turut mengandungi kuning telur, tepung jagung,mentega dan krim. Memang ada bermacam-macam jenis resepi kek keju ini dan selalunya kalau kita pergi ke Cafe-Cafe franchise kebanyakan jenis kek keju yang disediakan ialah kek keju New York.  Berdasarkan kepada Wikipedia, New York Cheese kek ini mula dicetuskan pada tahun 1872 secara tidak sengaja oleh seorang chef yang berada di New York...Di mana kek keju yang dihasilkan...

Baking powder Vs Soda Bikarbonat

Di Malaysia, baking soda atau soda bikarbonat adalah merujuk kepada perkara yang sama, tetapi di Amerika sebagai contoh, ia disebut sebagai baking soda. Baking soda dan baking powder/serbuk penaik tidak boleh ditukar ganti, tapi matlamat keduanya adalah sebagai ejen penaik. Apabila dimasukkan ke dalam adunan, ejen penaik menyebabkan gelembung udara (yang terhasil melalui bahan adunan yang dikacau, diadun atau dipukul) yang mengembang apabila adunan dimasak maka terhasillah adunan kek yang gebu dan mengembang naik. Baking soda merupakan bahan penaik asli(BASE). Bahan ini akan bertindak balas dengan kelembapan dan bahan berasid untuk menghasilkan tindakbalas kimia yang menyebabkan kenaikan kuantiti makanan tersebut . Apabila sesuatu resipi itu memerlukan baking soda (BASE), ia biasanya memerlukan beberapa jenis ACID. Seperti susu mentega, gula perang, yogurt, jus lemon, cuka, krim tartar, sirap pekat, sos epal, serbuk koko semulajadi (proses tidak dutch), atau madu....