Skip to main content

Posts

Kenapa Kek Aku Tak Menjadi?

Gambar ihsan dari pexels.com Ini pengalaman saya yang telah saya lalui selama pembabitan saya membuat kek. diharap perkongsian ini dapat membantu saudara sekalian untuk dijadikan panduan.  kalau nak tahu dalam banyak banyak kek, kek span lah kek yang paling stress untuk saya nak buat. Pernah satu hari itu saya dah buat 3 kali kek span, kali 3 itu pun masih tak jadi jadi....termenung lama saya memikirkan bahagian mana yang silap. Jadi bila saya perhatikan apa yang saya guna dengan apa yang resepi minta, saya akui memang ada silap saya.  Pertama resepi itu tulis guna tepung halus, saya guna tepung serbaguna. Kedua, resepi itu tulis gula halus tapi saya guna gula kasar... Ketiga, saya letak airnya kemudian. Ha'a..itulah padahnya bila dah perasan jadi Chef.... Jadi kalau saudara saudari mahu buat kek sponge, perlu ikut panduan resepi yang disediakan ya.  Kalau saudari tanya saya....untuk resepi kek sponge saya pakai resepi ini . Alhamdullilah setakat har...

PETUA PENTING UNTUK MEMASAK KEK

Semua orang pasti inginkan kek yang sempurna. kekadang bila saya buat kek tapi tak menepati piawaian rasa penat tak hilang. jadi apakah petua yang perlu kita ikut ya agar kek kita menjadi? Perlu ada Peralatan yang mencukupi. Ya, bagi saya peralatan salah satu faktor utama. Di sini saya senaraikan. penimbang berat dalam gram atau cawan& sudu sukatan.  kerana setiap gram tepung, telur, gula dan lain-lain menyumbang kepada kesempurnaan kek kita itu. Bayangkan jika kita terlebih tepung dah pasti kek kita keras dan kering. Ketuhar kebanyakkan resepi kek memerlukan memasak dalam ketuhar. dan pastikan ketuhar berfungsi dengan baik. Bagaimana? itu kena buat uji dan kenal pasti :). Ketuhar ini ada bermacam saiz dan kena kenal pasti ketuhar yang hendak dimiliki boleh memasak kek. Macam mana? perhatikan lambang yang ditampal pada kaca pintu itu.           Mesin pengadun/mixer/whisk ok, sebaik-baiknya perlu ada mesin pengadun/mixe...

3 Perbezaan coklat compound dan cooking coklat

Cooking chocolate/coklat masakan mengandungi sangat sedikit kandugan massa koko dan sifat kelikatannya yang tinggi apabila dicairkan. Cooking chocolate/coklat masakan mempunyai sifat tepu yang tidak sesuai untuk digunakan bagi menyaluti, pengacuan atau pencelupan. Cooking chocolate/coklat masakan tidak perlu melalui penyepuhan coklat. Coklat kompoun mengandungi serbuk koko dan lemak koko gantian (lemak yang diperah daripada kelapa sawit. Coklat kompoun mempunyai rasa yang lebih sedap berbandig coklat masakan. Maka kegunaan coklat masakan ini mesti disertakan dengan bahan masakan lain didalam resepi. Coklat kompoun mempunyai struktur kelikatan yang rendah menyebabkan coklat kompoun ini sesuai untuk menyaluti, pengacuan atau pencelupan.   Sumber info: difference of chocolate , buku Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer