Skip to main content

Posts

Kebaikan minyak zaitun dalam Kek

Photo by Buenosia Carol from Pexels Tak dinafikan kek mengandungi lemak yang mengandungi banyak kalori.  Sungguhpun yang demikian, kita masih boleh menikmati kek kita dengan rasa gembira apabila mengetahui bahawa kita boleh menyediakan kek yang sihat dengan menggunakan minyak iaitu bukan lemak padat, seperti mentega dan lemak sayuran.  Ketahuilah bahawa setiap jenis lemak memberi kesan kepada kek dengan cara yang berbeza.  Kelembutan dan kelembapan kek berasaskan minyak lebih lembut dan lembap daripada yang dibuat dengan mentega, kerana protein minyak dapat menyaluti protein tepung gandum lebih baik daripada mentega. Manakala protein yang terhasil dari mentega tidak dapat menyaluti protein tepung gandum dengan secukupnya, maka protein tepung gandum ini akan mengikat dengan air. Hasilnya membuatkan struktur kek tidak begitu gebu dan agak kenyal.  photo credited to Pexels Minyak zaitun merupakan salah satu minyak yang paling sihat kerana asid lemak tanpa ...

KINDER JOY OH...KINDER JOY

Terus-terang nak bagitau, bukan senang nak menyiapkan kek sebesar ini ya. Saya memang sangat menghormati pakar-pakar kek fondant ini. 2 hari tangan saya sengal-sengal.... huhu. Nak uli fondant ini oh Tuhan punyalah payah.  Inilah dia gambar kek bersama birthday boy. Kek ini tingginya adalah 10 inci dan beratnya melebihi 3kg. Maaf mesin penimbang saya boleh timbang setakat 2 kg sahaja :) Untuk base kek ini saya buat butter Orange delight kek bersama cream cheese. Dan kalau nak tahu, kek ini tak cukup fondant...hehehe.... sepatutnya kena guna 1.5kg fondant tapi saya guna cuma 1kg sahaja. Ingat dah cukup, jadi nak cukupkan dia saya nipiskan ketebalannya. Itu yang nampak tidak kemas...hehe. Pengalaman ini amat berharga untuk saya, sebab saya sudah faham bagaimana untuk tahu ketebalan fondant, jumlah fondant dan membentuk kek 3D ini.  Jadi projek saya yang seterusnya ialah kek Hello Kitty pula! OK, Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini.  Terima Kasi...

Resepi Muffin Ala Kenny Rogers

Mungkin ramai dah pernah makan mufinnya yang sedap di Kenny Rogers. Mufin yang saya gemari ialah mufin jagungnya. Sangat lembut dan gebu. Jadi bila dah duduk di kawasan luar bandar ini memang sukarlah nak pergi membeli mufin Kenny Rogers ini. Jadi bila teringin nak makan kenalah buat sendiri. Tapi mana nak dapatkan resepinya kan kalau tak mencari dalam Google. Jadi bila saya taip saje resepi 'mufin Kenny Rogers' tak banyak blog yang ada resepi ini dengan ramuan yang betul. Saya ada cuba satu resepi dari satu blog tapi ianya agak keras dan tidak gebu. Jadi saya cuba satu lagi resepi yang saya perolehi dari blog yang lain dan syukur walaupun tidak 100% sama macam mufin Kenny Rogers tapi ianya mempunyai rasa dan bau yang hampir sama. Anda boleh lihat dari gambar di bawah, warnanya agak kecoklatan sedikit. Ini disebabkan saya menggunakan serbuk nestum yang dah diblend.  Tapi kalau anda nak cuba guna cornflake yang diblend apa salahnya kan?. Mungkin nanti saya akan buat. ...

Tips untuk shoot gambar kek

Selepas baca satu blog baru saya tahu beberapa tips untuk ambil gambar makanan atau untuk saya ialah kek... Dari pemahaman saya, faktor paling utama ialah cahaya. Cahaya matahari atau natural light adalah cahaya yang paling bagus, tetapi bukan cahaya pada kawasan lapang yang panas dek terik mentari. ianya cahaya di kawasan bawah pokok, atau bawah bumbung bangunan seperti garaj, pondok atau khemah. kedudukan cahaya diposisi arah jam 9 dan 3 yang baik. Faktor keduanya ialah faktor base/meja tempat makanan itu diletak. dimana warna kuning warna yang patut dielakkan manakala warna putih atau warna asal kayu adalah warna yang menaikkan seri gambar tersebut. jadi sekarang apa yang penting untuk saya ialah kena praktikkan...dan..ini gambar gambar yang saya ambil. ya, masih diperingkat bawahan lagi. Kedua-dua Gambar ini diambil waktu cuaca mendung Gambar ini diambil waktu petang dalam cuaca cerah

Kiisah Kek MineCraft

Al-kisah di satu dunia bernama minecraft terdapat sebuah rumah kecil di pinggir hutan. Di sisi rumah itu tumbuhlah sebatang pohon epal yang rimbun. malah di atas atap rumahnya terdapat sehampar rumput yang segar.... Di hadapan pohon epal itu pula terdapat kolam yang ditaburi dedaun. Dan di sisi rumah itu kelihatan batasan sayur sawi.... Itulah kisah kek minecraft yang diilhamkan dan dihiasi oleh anak-anak saya...sekian, terima kasih.