Skip to main content

Posts

Resepi Yang Mesti Dicuba Guna Peppermint Essential Oil Flavoring

Hi! Salam Sejahtera semua!. Terima kasih kerana singgah ke blog saya ini. Kali ini saya nak berkongsi berkenaan dengan Peppermint essential oil flavoring. Kalau anda nak tahu pasal apa itu essential oil atau essential oil flavoring, boleh klik di sini. Ok, untuk Peppermint essential oil flavoring ini, rasanya sudahlah pasti rasa daun pudina. Dan ianya 100% minyak pati daun pudina, tanpa ada bahan pengawet dan bahan tiruan. Resepi yang boleh kita guna eo flavoring ini ada banyak. Sebagai contoh:- untuk masakan kita boleh letakkan ke dalam Nasi Briyani. Untuk desert, kita boleh letakkan ke dalam ais-krim, chocolate ganache, kek coklat dan biskut coklat chips.

Cinnamon Essential Oil Flavoring dalam Resepi Kek Carrot-Mudah dan Lebih Berkhasiat!

Kek carrot saya adalah kek yang diadun bersama lobak merah yang telah diparut halus, kismis dan kekacang badam atau walnut. kombinasi ini menghasilkan rasa yang unik. Untuk menyediakan kek carrot lembab ini adalah bergantung pada kesegaran dan cara penyediaan lobak merahnya. Saya akan pastikan parutan lobak merah ini mesti direndam selama 3 minit dalam air panas kemudian ditapis airnya.  Kismisnya saya akan potong halus-halus agar jusnya akan meresap kedalam kek. Walnutnya pula saya akan bakarkan ke dalam ketuhar sehingga mengeluarkan aromanya yang sedap dan bertukar warna menjadi sedikit coklat. Resepi kek carrot ini sangat mudah sebenarnya. Hanya memerlukan telur,gula, minyak, lobak merah, kismis, walnut dan tepung, sedikit baking soda dan soda bikarbonat. untuk saya menyediakan kek ini saya akan adun dahulu telur dan  gulanya sehingga bertukar warna lemon kemudian baru saya letakkan minyak secara perlahan-lahan ditepi mangkuk adunan yang sedang berpu...

2 Tips nak cuba resepi kek baru

Photo by Lisa Fotios from Pexels Kadang -kadang kita nak juga cari resepi kek baru untuk dicuba. jadi bila kita google nama resepi tu macam-macam senarai laman web yang kita jumpa. sampai tak tahu nak guna yang mana atau yang mana lebih tulen resepinya. sebab pernah sekali saya guna resepi kek yang saya jumpa dalam internet tapi sayangnya kek itu tidak sedap.  Di sini saya kongsikan pengalaman saya agar ianya bermanfaat.      Pertama, kita mesti baca  dan faham semua senarai dan arahan yang diberi. Kadang-kadang senarai bahan tidak dinyatakan tapi ada diberi penerangan dalam penyediaan. Dan lagi jika dalam resepi kek itu ada bahan bikarbonat nasihat saya berhati-hati akan sukatannya kerana bahan ini sangat sensitif jika diambil berlebihan kek akan pahit. Bahan bikarbonat mestilah sama nisbah atau separuh dari sukatan baking powder. Kalau saya, jika resepi kek itu tidak mengandungi serbuk koko, saya akan tinggalkan sukatan soda bikarbonat tersebut. ...

Kebaikan minyak zaitun dalam Kek

Photo by Buenosia Carol from Pexels Tak dinafikan kek mengandungi lemak yang mengandungi banyak kalori.  Sungguhpun yang demikian, kita masih boleh menikmati kek kita dengan rasa gembira apabila mengetahui bahawa kita boleh menyediakan kek yang sihat dengan menggunakan minyak iaitu bukan lemak padat, seperti mentega dan lemak sayuran.  Ketahuilah bahawa setiap jenis lemak memberi kesan kepada kek dengan cara yang berbeza.  Kelembutan dan kelembapan kek berasaskan minyak lebih lembut dan lembap daripada yang dibuat dengan mentega, kerana protein minyak dapat menyaluti protein tepung gandum lebih baik daripada mentega. Manakala protein yang terhasil dari mentega tidak dapat menyaluti protein tepung gandum dengan secukupnya, maka protein tepung gandum ini akan mengikat dengan air. Hasilnya membuatkan struktur kek tidak begitu gebu dan agak kenyal.  photo credited to Pexels Minyak zaitun merupakan salah satu minyak yang paling sihat kerana asid lemak tanpa ...

KINDER JOY OH...KINDER JOY

Terus-terang nak bagitau, bukan senang nak menyiapkan kek sebesar ini ya. Saya memang sangat menghormati pakar-pakar kek fondant ini. 2 hari tangan saya sengal-sengal.... huhu. Nak uli fondant ini oh Tuhan punyalah payah.  Inilah dia gambar kek bersama birthday boy. Kek ini tingginya adalah 10 inci dan beratnya melebihi 3kg. Maaf mesin penimbang saya boleh timbang setakat 2 kg sahaja :) Untuk base kek ini saya buat butter Orange delight kek bersama cream cheese. Dan kalau nak tahu, kek ini tak cukup fondant...hehehe.... sepatutnya kena guna 1.5kg fondant tapi saya guna cuma 1kg sahaja. Ingat dah cukup, jadi nak cukupkan dia saya nipiskan ketebalannya. Itu yang nampak tidak kemas...hehe. Pengalaman ini amat berharga untuk saya, sebab saya sudah faham bagaimana untuk tahu ketebalan fondant, jumlah fondant dan membentuk kek 3D ini.  Jadi projek saya yang seterusnya ialah kek Hello Kitty pula! OK, Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini.  Terima Kasi...