Skip to main content

Cinnamon Essential Oil Flavoring dalam Resepi Kek Carrot-Mudah dan Lebih Berkhasiat!


Kek carrot saya adalah kek yang diadun bersama lobak merah yang telah diparut halus, kismis dan kekacang badam atau walnut. kombinasi ini menghasilkan rasa yang unik. Untuk menyediakan kek carrot lembab ini adalah bergantung pada kesegaran dan cara penyediaan lobak merahnya. Saya akan pastikan parutan lobak merah ini mesti direndam selama 3 minit dalam air panas kemudian ditapis airnya. 

Kismisnya saya akan potong halus-halus agar jusnya akan meresap kedalam kek. Walnutnya pula saya akan bakarkan ke dalam ketuhar sehingga mengeluarkan aromanya yang sedap dan bertukar warna menjadi sedikit coklat.





kek carrot sugarcupkek

Resepi kek carrot ini sangat mudah sebenarnya. Hanya memerlukan telur,gula, minyak, lobak merah, kismis, walnut dan tepung, sedikit baking soda dan soda bikarbonat. untuk saya menyediakan kek ini saya akan adun dahulu telur dan gulanya sehingga bertukar warna lemon kemudian baru saya letakkan minyak secara perlahan-lahan ditepi mangkuk adunan yang sedang berpusing.

Kemudian saya akan letakkan lobak merah,kismis dan walnut dengan menggunakan whisk. Selepas letakkan bahan bertepung (tepung,soda bikarbonat dan baking powder) saya akan putarkan mesin dalam 2-3 minit untuk ratakan tepungnya. Setelah itu saya letakkan 2 titik Cinnamon Bark Essential Oil Flavoring.

Kek carrot ini tidak memerlukan masa yang lama untuk masak. Untuk ketuhar saya ianya memerlukan 35minit-40minit dengan suhu 180 celsius. Jika saya menggunakan loyang 6 inci bulat, maka masanya menjadi 50minit sebab acuannya menjadi tebal dan tinggi.

Untuk 1 adunan-Size loyang -8inci

Bahan A
Minyak Jagung               220ml
Gula                              160gm
Telur Gred B                   4 biji

Bahan B
Carrot yang telah disagat halus yang sudah 
direndam 3 minit dalam air panas                    200gm

Almond atau walnut                                           50gm
Appricot cincang halus/nenas potong dadu         110gm
Kismis                                                               70gm


Bahan C (Diayak 1 kali sahaja)
Superfine flour                                             200gm
Baking powder                                                 2 tsp
Baking Soda                                                     1 tsp
Cinnamon Bark Essential Oil Flavoring           2 drops (bahan terakhir diletakkan dalam adunan)





Comments

Popular posts from this blog

Pentingkah Gred telur untuk baking?

DiMalaysia, telur akan diperiksa dan digred mengikut saiz/gram dan kualiti mereka. Warna kulit telur itu (coklat atau putih) ditentukan oleh baka ayam dan mereka mempunyai kandungan nutrisi yang sama. DiMalaysia hampir kesemua pasaraya dan kedai runcit menjual telur jenis warna coklat. Warna telur kuning adalah bergantung kepada diet ayam itu. Sistem penggredan yang saya fahami diMalaysia adalah AA, A, B dan C. Ianya merujuk kepada kualiti luaran dan dalaman telur, dan saiz telur. Saiz telur antara lebih besar-lebih 70gm, besar-65gram, sederhana-60gram dan kecil-55gram. Sentiasa gunakan telur saiz yang dinyatakan dalam resipi. Jika saiz tidak dinyatakan dalam resepi itu, maka aggaplah ia adalah telur saiz A-besar. Kebanyakan telur yang digunakan untuk baking kek adalah pada suhu bilik. Satu cara yang cepat untuk memanaskan telur ke suhu bilik adalah dengan meletakkan ia di dalam air panas (bukan air mendidih ya :) ) selama 10 - 15 minit, jika tidak mahu maka boleh biarkan i...

Jenis-jenis Kek keju

Emmmpph....kek keju merupakan kek yang paling saya suka. Rasanya seperti ais krim dan teksturnya lembut berkrim....antara search engine google kegemaran saya ialah resepi kek keju. Bila kita rujuk pada search google, maka akan keluar 2 jenis kategori iaitu no baking cheese cake dan baked cheese cake. No baking cheese cake atau kek keju tanpa dimasak selalunya menggunakan kombinasi krim keju dan whipping cream (Dairy/non-dairy). dan satu lagi resepi mengandungi kandungan gelatin dan putih telur.  Manakala baked cheese cake atau kek keju dibakar turut mengandungi kuning telur, tepung jagung,mentega dan krim. Memang ada bermacam-macam jenis resepi kek keju ini dan selalunya kalau kita pergi ke Cafe-Cafe franchise kebanyakan jenis kek keju yang disediakan ialah kek keju New York.  Berdasarkan kepada Wikipedia, New York Cheese kek ini mula dicetuskan pada tahun 1872 secara tidak sengaja oleh seorang chef yang berada di New York...Di mana kek keju yang dihasilkan...

Baking powder Vs Soda Bikarbonat

Di Malaysia, baking soda atau soda bikarbonat adalah merujuk kepada perkara yang sama, tetapi di Amerika sebagai contoh, ia disebut sebagai baking soda. Baking soda dan baking powder/serbuk penaik tidak boleh ditukar ganti, tapi matlamat keduanya adalah sebagai ejen penaik. Apabila dimasukkan ke dalam adunan, ejen penaik menyebabkan gelembung udara (yang terhasil melalui bahan adunan yang dikacau, diadun atau dipukul) yang mengembang apabila adunan dimasak maka terhasillah adunan kek yang gebu dan mengembang naik. Baking soda merupakan bahan penaik asli(BASE). Bahan ini akan bertindak balas dengan kelembapan dan bahan berasid untuk menghasilkan tindakbalas kimia yang menyebabkan kenaikan kuantiti makanan tersebut . Apabila sesuatu resipi itu memerlukan baking soda (BASE), ia biasanya memerlukan beberapa jenis ACID. Seperti susu mentega, gula perang, yogurt, jus lemon, cuka, krim tartar, sirap pekat, sos epal, serbuk koko semulajadi (proses tidak dutch), atau madu....