Skip to main content

Posts

3 Sebab Kenapa Saya Suka Essential Oil Lavender

Hi! Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Kali ini saya nak share pasal Essential Oil Lavender(eo lavender)...saya dah amalkan guna eo lavender ini sejak setahun yang lalu dan dengan izin Tuhan, banyak kebaikannya yang telah saya dapat. Di antaranya:- Pertama, sangat membantu bila ada kecemasan di dapur seperti terkena minyak panas... Bila dah terkena tu..peritnya rasa kulit..nak hilangkan pun ambil masa juga. Biasanya sebelum ini saya guna minyak biasa-biasa yang beli di kedai jamu, Tapi tempoh nak pulih tu memang agak lama juga dan ianya meninggalkan parut-kulit warna gelap...itu yang tak bestnya.. Jadi bila saya baca artikel dalam google dan rujuk pada buku mengenai fungsi Essential Oil Lavender ini...saya pun try test :) guna. Alhamdullilah...memang ada perbezaan. Dan yang paling best kulit tak ada kesan parut. Kesan sementara bila kita guna Essential Oil Lavender, kulit akan terasa panas sikit dalam 10 saat. Ok sangat tu sebab lepas itu kita akan rasa lega
Recent posts

2 Fakta yang Anda Perlu Tahu Mengenai Lemon Essential Oil Flavoring

Perkongsia saya kali ini ialah mengenai Lemon Essential Oil Flavoring.  2 Fakta yang Anda Perlu Tahu Mengenai Lemon Essential Oil Flavoring Pertama, Kalau kita pergi ke pasaraya atau kedai menjual bahan-bahan kek, perisa lemon boleh je atau senang je nak ditemui. Tapi kandungan atau bahan yang ada di dalamnya seharusnya kita semua tahu....bahan yang guna nama saintifik dan ianya diistilah juga sebagai 'mengandungi bahan perisa yang dibenarkan' . Jadi faham-fahamlah ianya mengandungi bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal bukan melalui kaedah semula-jadi. Manakala perisa yang saya kongsikan ini dihasilkan melalui kaedah 'cool-pressing' dan buah lemon ini dipetik secara segar dari ladang yang sudah diaudit dari segi sistem pengurusan pekerja dan sistem pengurusan ladang. Dan apa yang paling menarik ialah baja yang dipakai merupakan baja organik. Dan ladang-ladang ini tidak menggunakan racun serangga kimia tapi mereka menggunakan bahan organik untuk

Resepi Yang Mesti Dicuba Guna Peppermint Essential Oil Flavoring

Hi! Salam Sejahtera semua!. Terima kasih kerana singgah ke blog saya ini. Kali ini saya nak berkongsi berkenaan dengan Peppermint essential oil flavoring. Kalau anda nak tahu pasal apa itu essential oil atau essential oil flavoring, boleh klik di sini. Ok, untuk Peppermint essential oil flavoring ini, rasanya sudahlah pasti rasa daun pudina. Dan ianya 100% minyak pati daun pudina, tanpa ada bahan pengawet dan bahan tiruan. Resepi yang boleh kita guna eo flavoring ini ada banyak. Sebagai contoh:- untuk masakan kita boleh letakkan ke dalam Nasi Briyani. Untuk desert, kita boleh letakkan ke dalam ais-krim, chocolate ganache, kek coklat dan biskut coklat chips.

Cinnamon Essential Oil Flavoring dalam Resepi Kek Carrot-Mudah dan Lebih Berkhasiat!

Kek carrot saya adalah kek yang diadun bersama lobak merah yang telah diparut halus, kismis dan kekacang badam atau walnut. kombinasi ini menghasilkan rasa yang unik. Untuk menyediakan kek carrot lembab ini adalah bergantung pada kesegaran dan cara penyediaan lobak merahnya. Saya akan pastikan parutan lobak merah ini mesti direndam selama 3 minit dalam air panas kemudian ditapis airnya.  Kismisnya saya akan potong halus-halus agar jusnya akan meresap kedalam kek. Walnutnya pula saya akan bakarkan ke dalam ketuhar sehingga mengeluarkan aromanya yang sedap dan bertukar warna menjadi sedikit coklat. Resepi kek carrot ini sangat mudah sebenarnya. Hanya memerlukan telur,gula, minyak, lobak merah, kismis, walnut dan tepung, sedikit baking soda dan soda bikarbonat. untuk saya menyediakan kek ini saya akan adun dahulu telur dan  gulanya sehingga bertukar warna lemon kemudian baru saya letakkan minyak secara perlahan-lahan ditepi mangkuk adunan yang sedang berpusing. K

2 Tips nak cuba resepi kek baru

Photo by Lisa Fotios from Pexels Kadang -kadang kita nak juga cari resepi kek baru untuk dicuba. jadi bila kita google nama resepi tu macam-macam senarai laman web yang kita jumpa. sampai tak tahu nak guna yang mana atau yang mana lebih tulen resepinya. sebab pernah sekali saya guna resepi kek yang saya jumpa dalam internet tapi sayangnya kek itu tidak sedap.  Di sini saya kongsikan pengalaman saya agar ianya bermanfaat.      Pertama, kita mesti baca  dan faham semua senarai dan arahan yang diberi. Kadang-kadang senarai bahan tidak dinyatakan tapi ada diberi penerangan dalam penyediaan. Dan lagi jika dalam resepi kek itu ada bahan bikarbonat nasihat saya berhati-hati akan sukatannya kerana bahan ini sangat sensitif jika diambil berlebihan kek akan pahit. Bahan bikarbonat mestilah sama nisbah atau separuh dari sukatan baking powder. Kalau saya, jika resepi kek itu tidak mengandungi serbuk koko, saya akan tinggalkan sukatan soda bikarbonat tersebut.        Kedua, baca dan fa