Perkongsia saya kali ini ialah mengenai Lemon Essential Oil Flavoring.
2 Fakta yang Anda Perlu Tahu Mengenai Lemon Essential Oil Flavoring
Pertama, Kalau kita pergi ke pasaraya atau kedai menjual bahan-bahan kek, perisa lemon boleh je atau senang je nak ditemui. Tapi kandungan atau bahan yang ada di dalamnya seharusnya kita semua tahu....bahan yang guna nama saintifik dan ianya diistilah juga sebagai 'mengandungi bahan perisa yang dibenarkan' . Jadi faham-fahamlah ianya mengandungi bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal bukan melalui kaedah semula-jadi.
Manakala perisa yang saya kongsikan ini dihasilkan melalui kaedah 'cool-pressing' dan buah lemon ini dipetik secara segar dari ladang yang sudah diaudit dari segi sistem pengurusan pekerja dan sistem pengurusan ladang. Dan apa yang paling menarik ialah baja yang dipakai merupakan baja organik.
Dan ladang-ladang ini tidak menggunakan racun serangga kimia tapi mereka menggunakan bahan organik untuk fungsi yang sama iaitu mencenggah serangga.
Kedua, Flavoring ini hanya memerlukan dua atau tiga titk sahaja untuk setiap kegunaan. Oleh itu kos untuk setiap kegunaan hanyalah dalam 50sen sahaja. Ini kerana ianya 100% minyak pati tulen. Maka ianya padu dan pekat, cukup untuk guna sedikit sahaja.
Komen dibawah jika anda sudah mencuba ya!
Comments
Post a Comment