DiMalaysia, telur akan diperiksa dan digred mengikut saiz/gram
dan kualiti mereka. Warna kulit telur itu (coklat atau putih) ditentukan oleh
baka ayam dan mereka mempunyai kandungan nutrisi yang sama. DiMalaysia hampir
kesemua pasaraya dan kedai runcit menjual telur jenis warna coklat.
Warna telur kuning adalah
bergantung kepada diet ayam itu. Sistem penggredan yang saya fahami diMalaysia adalah
AA, A, B dan C. Ianya merujuk kepada kualiti luaran dan dalaman telur, dan saiz
telur. Saiz telur antara lebih besar-lebih 70gm, besar-65gram, sederhana-60gram
dan kecil-55gram.
Sentiasa gunakan telur saiz yang dinyatakan dalam resipi.
Jika saiz tidak dinyatakan dalam resepi itu, maka aggaplah ia adalah telur saiz A-besar.
Kebanyakan telur yang digunakan untuk baking kek adalah pada suhu bilik. Satu
cara yang cepat untuk memanaskan telur ke suhu bilik adalah dengan meletakkan ia di dalam air panas (bukan air mendidih ya :) ) selama 10 - 15 minit, jika tidak mahu maka boleh biarkan ia selama 30-60 minit pada suhu bilik.
Telur perlu disejukkan dan biasanya menyimpan satu bulan
dalam peti sejuk. cengkerang telur berliang dan oleh itu ianya mudah menyerap bau, jadi kita perlu pastikan telur di kadbod jauh dari bau yang kuat (cth
Bawang, durian).
Elakkan simpan telur pada suhu bilik, kerana mutu telur akan
merosot lebih dalam satu hari pada suhu bilik daripada satu minggu dalam peti
sejuk.
Secara rumusannya, klasifikasi gred telur dalam baking
itu penting iaitu ianya perlu mengikut resepi.
Comments
Post a Comment