Emmmpph....kek keju merupakan kek yang paling saya
suka. Rasanya seperti ais krim dan teksturnya lembut berkrim....antara search engine google kegemaran saya ialah resepi kek keju. Bila kita rujuk pada search google, maka akan
keluar 2 jenis kategori iaitu no baking cheese cake dan baked cheese cake.
No baking cheese cake atau kek keju tanpa dimasak selalunya menggunakan kombinasi krim keju dan whipping cream (Dairy/non-dairy). dan satu lagi resepi mengandungi kandungan gelatin dan putih telur.
Manakala baked cheese cake atau kek keju dibakar turut mengandungi kuning telur, tepung jagung,mentega dan krim.
Memang ada bermacam-macam jenis resepi kek keju ini dan selalunya
kalau kita pergi ke Cafe-Cafe franchise kebanyakan jenis kek keju yang
disediakan ialah kek keju New York.
Berdasarkan kepada Wikipedia, New York
Cheese kek ini mula dicetuskan pada tahun 1872 secara tidak sengaja oleh
seorang chef yang berada di New York...Di mana kek keju yang dihasilkan adalah
lebih berkrim dengan rasanya yang lebih padu.
Disini saya ingin kongsikan resepi kek keju yang selalu
saya buat iaitu baked cheese cake. kek ini mengambil masa dalam 1jam 30
minit-1jam 45minit. kek ini juga perlu disediakan kek span sebagai base nya.
Jadi perlu sediakan kek spannya dulu. Untuk resepi kek spannya ialah-
6 biji telur gred A
1 cawan icing sugar
1 cawan tepung gandum serba-guna }
1/2 sudu teh baking powder } dicampurkan sekali
Tips -
- pastikan oven betul-betul panas pada suhu 180 celcius.
- sediakan 2 loyang 9 inci yang telah dialas kertas baking
- pastikan acuan dimasukkan ke dalam oven dengan segera setelah diletakkan tepung
- jangan dibuka pintu oven sebelum tempohnya (23 minit-28minit)
caranya -
pukul semua telur selama 1 minit pada kelajuan tinggi. kemudian sambil itu tambahkan gula secara beransur-ansur. Pukul selama 8-10 minit sehingga telur betul-betul kembang dan berwarna krim.
kemudian gunakan penapis tepung, ayak tepung dan baking powder ke atas adunan telur itu dengan tiga peringkat. pada setiap peringkat adunan hendaklah di sekatakan menggunakan spatula.
kemudian dengan segera diletakkan dalam loyang 9 inci tersebut.
Bakar selama 23minit-28 minit.
dan untuk kek kejunya resepinya adalah dibawah. disini ada tiga peringkat penyediaan. penerangannya seperti berikut:-
tips=
-sediakan air panas dan loyang 12inci. isikan air panas ini sampai suku loyang ini.
-panaskan oven pada suhu 150 celcius.
Bahan A
cream cheese (suhu bilik) 250gm
Mentega (suhu bilik) 30gm
Lemon jus dan serat kulitnya dari 1 biji saiz sederhana
Penerangan=
sediakan bahan di atas kemudian satukan dalam mangkuk mixer, pukul sehingga kembang pada kelajuan sederhana.
telur kuning (gred A) 4 biji
fresh cream/cream/UHT cream 150gm
tepung jagung 40gm
penerangan=
pasang mixer pada kelajuan sederhana dan letakkan telur kuning satu persatu ke dalam Bahan A kemudian cream dan akhir sekali tepung jagung.
jangan pukul lama-lama.
letakkan ketepi.
sekarang sediakan bahan B
telur putih 4 biji dan gula icing 100 gm
bahan ini hendaklah dipukul hingga betul-betul kembang putih.
Bahan B ini dicampurkan ke dalam bahan A tadi menggunakan whisk.
Panduan-
sediakan loyang 9 inci yang dialas kertas baking kemudian ambil satu kek sponge tadi (satu lagi boleh dibuat kek simple cream tiramisu) dan letakkan ke dalam loyang.
kemudian tuangkan ramuan cheese cream keatas kek span itu.
letakkan acuan ini ke dalam loyang 12 inci yang telah berisi air panas.
bakar selama 1jam kemudian alihkan loyang berisi air tadi bakar lagi selama 30minit pada suhu 180 celcius.
panduan untuk mengalihkan kek.
biarkan sejuk dalam 10minit, kemudian sapukan permukaan kek dengan minyak sayuran.
sediakan kertas baking saiz 12 inci loyang yang telah disapukan minyak sayuran dan ditaburkan tepung jagung-sekatakan.
gunakan pisau dan sisipkan disekeliling kek dengan berhati-hati agar mudah tanggal.
sekarang letakkan kertas itu atas kek terbalikkan kek itu atas jaring kek. alihkan kertas baking pada kek. ambil kek board letak diatas kek kemudian terbalikkan semula kek itu. alihkan kertas baking secara cermat.
sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment