Skip to main content

Posts

Baking powder Vs Soda Bikarbonat

Di Malaysia, baking soda atau soda bikarbonat adalah merujuk kepada perkara yang sama, tetapi di Amerika sebagai contoh, ia disebut sebagai baking soda. Baking soda dan baking powder/serbuk penaik tidak boleh ditukar ganti, tapi matlamat keduanya adalah sebagai ejen penaik. Apabila dimasukkan ke dalam adunan, ejen penaik menyebabkan gelembung udara (yang terhasil melalui bahan adunan yang dikacau, diadun atau dipukul) yang mengembang apabila adunan dimasak maka terhasillah adunan kek yang gebu dan mengembang naik. Baking soda merupakan bahan penaik asli(BASE). Bahan ini akan bertindak balas dengan kelembapan dan bahan berasid untuk menghasilkan tindakbalas kimia yang menyebabkan kenaikan kuantiti makanan tersebut . Apabila sesuatu resipi itu memerlukan baking soda (BASE), ia biasanya memerlukan beberapa jenis ACID. Seperti susu mentega, gula perang, yogurt, jus lemon, cuka, krim tartar, sirap pekat, sos epal, serbuk koko semulajadi (proses tidak dutch), atau madu....

Pentingkah Gred telur untuk baking?

DiMalaysia, telur akan diperiksa dan digred mengikut saiz/gram dan kualiti mereka. Warna kulit telur itu (coklat atau putih) ditentukan oleh baka ayam dan mereka mempunyai kandungan nutrisi yang sama. DiMalaysia hampir kesemua pasaraya dan kedai runcit menjual telur jenis warna coklat. Warna telur kuning adalah bergantung kepada diet ayam itu. Sistem penggredan yang saya fahami diMalaysia adalah AA, A, B dan C. Ianya merujuk kepada kualiti luaran dan dalaman telur, dan saiz telur. Saiz telur antara lebih besar-lebih 70gm, besar-65gram, sederhana-60gram dan kecil-55gram. Sentiasa gunakan telur saiz yang dinyatakan dalam resipi. Jika saiz tidak dinyatakan dalam resepi itu, maka aggaplah ia adalah telur saiz A-besar. Kebanyakan telur yang digunakan untuk baking kek adalah pada suhu bilik. Satu cara yang cepat untuk memanaskan telur ke suhu bilik adalah dengan meletakkan ia di dalam air panas (bukan air mendidih ya :) ) selama 10 - 15 minit, jika tidak mahu maka boleh biarkan i...

Fungsi Telur dalam masakan

Acknowledgment :FreeDigitalPhotos.net, eggs by amenic181 Pengenalan Telur dihasilkan oleh haiwan betina dari pelbagai spesies, termasuk burung, reptilia, amfibia, mamalia, dan ikan. Ianya merupakan makanan pilihan manusia semenjak beribu tahun dahulu. Reptilia telur terdiri daripada kulit telur perlindungan, albumen (putih telur), dan vitellus (kuning telur), yang terkandung dalam pelbagai membran nipis. Pilihan yang paling popular untuk kegunaan telur adalah telur ayam. pilihan lain yang popular untuk hidangan dalam masakan ialah telur itik, telur puyuh, dan telur ikan. Kandungan Telur Secara keseluruhan kuning telur dan putih telur menyimpan sejumlah besar protein dan choline dan ianya digunakan secara meluas dalam masakan. Maka tidak hairanlah bila Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai makanan asasi dalam Piramid Panduan Makanan.kerana kandungan proteinnya. Walaupun pemakanan telur dinilai tinggi, terdapat beberapa isu-isu k...

Kenapa Kek Aku Tak Menjadi?

Gambar ihsan dari pexels.com Ini pengalaman saya yang telah saya lalui selama pembabitan saya membuat kek. diharap perkongsian ini dapat membantu saudara sekalian untuk dijadikan panduan.  kalau nak tahu dalam banyak banyak kek, kek span lah kek yang paling stress untuk saya nak buat. Pernah satu hari itu saya dah buat 3 kali kek span, kali 3 itu pun masih tak jadi jadi....termenung lama saya memikirkan bahagian mana yang silap. Jadi bila saya perhatikan apa yang saya guna dengan apa yang resepi minta, saya akui memang ada silap saya.  Pertama resepi itu tulis guna tepung halus, saya guna tepung serbaguna. Kedua, resepi itu tulis gula halus tapi saya guna gula kasar... Ketiga, saya letak airnya kemudian. Ha'a..itulah padahnya bila dah perasan jadi Chef.... Jadi kalau saudara saudari mahu buat kek sponge, perlu ikut panduan resepi yang disediakan ya.  Kalau saudari tanya saya....untuk resepi kek sponge saya pakai resepi ini . Alhamdullilah setakat har...

PETUA PENTING UNTUK MEMASAK KEK

Semua orang pasti inginkan kek yang sempurna. kekadang bila saya buat kek tapi tak menepati piawaian rasa penat tak hilang. jadi apakah petua yang perlu kita ikut ya agar kek kita menjadi? Perlu ada Peralatan yang mencukupi. Ya, bagi saya peralatan salah satu faktor utama. Di sini saya senaraikan. penimbang berat dalam gram atau cawan& sudu sukatan.  kerana setiap gram tepung, telur, gula dan lain-lain menyumbang kepada kesempurnaan kek kita itu. Bayangkan jika kita terlebih tepung dah pasti kek kita keras dan kering. Ketuhar kebanyakkan resepi kek memerlukan memasak dalam ketuhar. dan pastikan ketuhar berfungsi dengan baik. Bagaimana? itu kena buat uji dan kenal pasti :). Ketuhar ini ada bermacam saiz dan kena kenal pasti ketuhar yang hendak dimiliki boleh memasak kek. Macam mana? perhatikan lambang yang ditampal pada kaca pintu itu.           Mesin pengadun/mixer/whisk ok, sebaik-baiknya perlu ada mesin pengadun/mixe...