Skip to main content

tips untuk kek carrot gebu

kek lobak merah,carrot cake, sugarcupkek

Resepi kek carrot ini hanya memerlukan telur,gula, minyak, lobak merah, kismis, walnut dan tepung, sedikit baking soda dan soda bikarbonat. 
Untuk pastikan kek carrot kita lembut dan lembab ialah dengan-

  • pastikan lobak diserat kemudian direndam selama 3 minit dalam air panas, ditapis airnya.
  • putarkan mesin pemutar pada kelajuan tinggi untuk adunan telur dan gulanya sehingga bertukar warna cerah sikit dan gebu.
  • pastikan telur guna Gred A
  • pastikan kita letakkan minyak secara perlahan-lahan ditepi mangkuk adunan yang sedang berpusing.
  • Gunakan whisk untuk meratakan lobak merah,kismis dan walnut
  • Putarkan mesin dalam 2-3 minit untuk ratakan tepungnya,selepas letakkan bahan bertepung (tepung,soda bikarbonat dan baking powder) 
  • Kek carrot ini tidak memerlukan masa yang lama untuk masak. Untuk ketuhar saya ianya memerlukan 35minit-40minit dengan suhu 180 celsius. Jika saya menggunakan loyang 6 inci bulat, (untuk 1 adunan-8inci) maka masanya menjadi 50minit sebab acuannya menjadi tebal dan tinggi.

Selamat mencuba
terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

Pentingkah Gred telur untuk baking?

DiMalaysia, telur akan diperiksa dan digred mengikut saiz/gram dan kualiti mereka. Warna kulit telur itu (coklat atau putih) ditentukan oleh baka ayam dan mereka mempunyai kandungan nutrisi yang sama. DiMalaysia hampir kesemua pasaraya dan kedai runcit menjual telur jenis warna coklat. Warna telur kuning adalah bergantung kepada diet ayam itu. Sistem penggredan yang saya fahami diMalaysia adalah AA, A, B dan C. Ianya merujuk kepada kualiti luaran dan dalaman telur, dan saiz telur. Saiz telur antara lebih besar-lebih 70gm, besar-65gram, sederhana-60gram dan kecil-55gram. Sentiasa gunakan telur saiz yang dinyatakan dalam resipi. Jika saiz tidak dinyatakan dalam resepi itu, maka aggaplah ia adalah telur saiz A-besar. Kebanyakan telur yang digunakan untuk baking kek adalah pada suhu bilik. Satu cara yang cepat untuk memanaskan telur ke suhu bilik adalah dengan meletakkan ia di dalam air panas (bukan air mendidih ya :) ) selama 10 - 15 minit, jika tidak mahu maka boleh biarkan i...

Jenis-jenis Kek keju

Emmmpph....kek keju merupakan kek yang paling saya suka. Rasanya seperti ais krim dan teksturnya lembut berkrim....antara search engine google kegemaran saya ialah resepi kek keju. Bila kita rujuk pada search google, maka akan keluar 2 jenis kategori iaitu no baking cheese cake dan baked cheese cake. No baking cheese cake atau kek keju tanpa dimasak selalunya menggunakan kombinasi krim keju dan whipping cream (Dairy/non-dairy). dan satu lagi resepi mengandungi kandungan gelatin dan putih telur.  Manakala baked cheese cake atau kek keju dibakar turut mengandungi kuning telur, tepung jagung,mentega dan krim. Memang ada bermacam-macam jenis resepi kek keju ini dan selalunya kalau kita pergi ke Cafe-Cafe franchise kebanyakan jenis kek keju yang disediakan ialah kek keju New York.  Berdasarkan kepada Wikipedia, New York Cheese kek ini mula dicetuskan pada tahun 1872 secara tidak sengaja oleh seorang chef yang berada di New York...Di mana kek keju yang dihasilkan...

Baking powder Vs Soda Bikarbonat

Di Malaysia, baking soda atau soda bikarbonat adalah merujuk kepada perkara yang sama, tetapi di Amerika sebagai contoh, ia disebut sebagai baking soda. Baking soda dan baking powder/serbuk penaik tidak boleh ditukar ganti, tapi matlamat keduanya adalah sebagai ejen penaik. Apabila dimasukkan ke dalam adunan, ejen penaik menyebabkan gelembung udara (yang terhasil melalui bahan adunan yang dikacau, diadun atau dipukul) yang mengembang apabila adunan dimasak maka terhasillah adunan kek yang gebu dan mengembang naik. Baking soda merupakan bahan penaik asli(BASE). Bahan ini akan bertindak balas dengan kelembapan dan bahan berasid untuk menghasilkan tindakbalas kimia yang menyebabkan kenaikan kuantiti makanan tersebut . Apabila sesuatu resipi itu memerlukan baking soda (BASE), ia biasanya memerlukan beberapa jenis ACID. Seperti susu mentega, gula perang, yogurt, jus lemon, cuka, krim tartar, sirap pekat, sos epal, serbuk koko semulajadi (proses tidak dutch), atau madu....