Dah lama rasanya saya tak menulis blog. Untuk perkongsian hari ini ialah bagaimana mahu kurangkan kedut edible image di atas kek. Pada pengetahuan saya, edible image ini dibuat di atas kertas gula dan dicetak menggunakan printer yang khusus menggunakan pewarna makanan.
Pengalaman saya pula dalam mengendalikan edible image ini sangatlah menyedihkan. Contohnya boleh tengok gambar dibawah ini, begitu berkedut sekali....mujurla sangat yang tempah ini jiran yang sporting sangat...
Kemudian tak lama lepas tu ada lagi order kek nak letak edible image juga...waduh...berpeluh rasanya dok menaip dalam google tips-tips berkesan untuk meletak image atas kek. Syukur ada satu tips yang saya yakin berkesan dan boleh membantu....iaitu menggunakan coklat compound yang dicairkan.
Dibawah ini saya kongsikan gambar edible image itu telah diletakkan atas coklat compound.
Cara-caranya:-
- cairkan coklat compound menggunakan method double boil Berapa banyak? sekadar mencukupi untuk dijadikan base dengan sederhana tebalnya.
- kemudian letakkan di atas kertas baking dan diratakan mengikut saiz edible image itu.
- tunggu dia sejuk, kalau nak cepat boleh letak dalam freezer sekejap. Keluarkan dan biarkan ianya pada suhu bilik. Boleh rasa teksturnya lembut tapi tak cair dan tiada wap air. Ok masa ini yang sesuai untuk letak edible image kita. selepas itu secara perlahan gosokkan image tu agar sekata.
- ok dah siap. Untuk asingkan coklat tersebut dari kertas baking bolehlah diletakkan sekejap dalam peti ais. kemudian secara berhemat dan cermat asingkan coklat itu dari kertas bakingnya.
Cara ini bagi saya sangat membantu untuk mengurangkan kedut pada image tersebut. Ada kedutnya tapi oklah tak teruk sangat....
selamat mencuba dan semoga berjaya!
Comments
Post a Comment