Skip to main content

Posts

Kiisah Kek MineCraft

Al-kisah di satu dunia bernama minecraft terdapat sebuah rumah kecil di pinggir hutan. Di sisi rumah itu tumbuhlah sebatang pohon epal yang rimbun. malah di atas atap rumahnya terdapat sehampar rumput yang segar.... Di hadapan pohon epal itu pula terdapat kolam yang ditaburi dedaun. Dan di sisi rumah itu kelihatan batasan sayur sawi.... Itulah kisah kek minecraft yang diilhamkan dan dihiasi oleh anak-anak saya...sekian, terima kasih.

Tips untuk elakkan edible image berkedut

Dah lama rasanya saya tak menulis blog. Untuk perkongsian hari ini ialah bagaimana mahu kurangkan kedut edible image di atas kek. Pada pengetahuan saya, edible image ini dibuat di atas kertas gula dan dicetak menggunakan printer yang khusus menggunakan pewarna makanan. Pengalaman saya pula dalam mengendalikan edible image ini sangatlah menyedihkan. Contohnya boleh tengok gambar dibawah ini, begitu berkedut sekali....mujurla sangat yang tempah ini jiran yang sporting sangat... Kemudian tak lama lepas tu ada lagi order kek nak letak edible image juga...waduh...berpeluh rasanya dok menaip dalam google tips-tips berkesan untuk meletak image atas kek. Syukur ada satu tips yang saya yakin berkesan dan boleh membantu....iaitu menggunakan coklat compound yang dicairkan. Dibawah ini saya kongsikan gambar edible image itu telah diletakkan atas coklat compound. Cara-caranya:- cairkan coklat compound menggunakan method double boil Berapa banyak? sekadar mencukupi untuk di...

tips untuk kek carrot gebu

Resepi kek carrot ini hanya memerlukan telur,gula, minyak, lobak merah, kismis, walnut dan tepung, sedikit baking soda dan soda bikarbonat.  Untuk pastikan kek carrot kita lembut dan lembab ialah dengan- pastikan lobak diserat kemudian direndam selama 3 minit dalam air panas, ditapis airnya. putarkan mesin pemutar pada kelajuan tinggi untuk adunan telur dan gulanya sehingga bertukar warna cerah sikit dan gebu. pastikan telur guna Gred A pastikan kita letakkan minyak secara perlahan-lahan ditepi mangkuk adunan yang sedang berpusing. Gunakan whisk  untuk meratakan lobak merah,kismis dan walnut .  Putarkan mesin dalam 2-3 minit untuk ratakan tepungnya,selepas letakkan bahan bertepung (tepung,soda bikarbonat dan baking powder)  Kek carrot ini tidak memerlukan masa yang lama untuk masak. Untuk ketuhar saya ianya memerlukan 35minit-40minit dengan suhu 180 celsius. Jika saya menggunakan loyang 6 inci bulat, (untuk 1 adunan-8inci) maka masanya menjadi 50minit...

Jenis-jenis Kek keju

Emmmpph....kek keju merupakan kek yang paling saya suka. Rasanya seperti ais krim dan teksturnya lembut berkrim....antara search engine google kegemaran saya ialah resepi kek keju. Bila kita rujuk pada search google, maka akan keluar 2 jenis kategori iaitu no baking cheese cake dan baked cheese cake. No baking cheese cake atau kek keju tanpa dimasak selalunya menggunakan kombinasi krim keju dan whipping cream (Dairy/non-dairy). dan satu lagi resepi mengandungi kandungan gelatin dan putih telur.  Manakala baked cheese cake atau kek keju dibakar turut mengandungi kuning telur, tepung jagung,mentega dan krim. Memang ada bermacam-macam jenis resepi kek keju ini dan selalunya kalau kita pergi ke Cafe-Cafe franchise kebanyakan jenis kek keju yang disediakan ialah kek keju New York.  Berdasarkan kepada Wikipedia, New York Cheese kek ini mula dicetuskan pada tahun 1872 secara tidak sengaja oleh seorang chef yang berada di New York...Di mana kek keju yang dihasilkan...

Ini Kek Coklat Yang Saya Buat

Setakat ini, semua orang yang saya temui menggemari coklat termasuklah kek coklat. Bila saja sebut kek coklat maka terbayang rasanya yang lembut,lembab, penuh rasa coklat. Tambah-tambah ada letak badam atau walnut atau pecan...wallaahhh....sedapnya.... Ini mengingatkan saya ketika saya menjalankan tugas di area Bukit Bintang suatu ketika dulu....di situ saya pernah membeli kek coklat moist bersama pecan....emmm memang sedap... sebenarnya agak lama juga untuk saya dapatkan resepi kek coklat lembab. bila saya tanya rakan rakan saya, ada yang cakap resepi nya mudah..dan bila saya cuba dirumah tak jadi...  Saya pernah belajar untuk membuat kek coklat. Tapi ianya bukan seperti yang saya mahu. Tapi resepi-nya memang sedap... Hanya pada 2 tahun lepas, saya dapat mencari resepi kek coklat yang saya mahu itu...jutaan terima kasih kepada masam manis ....memang 100% resepi tulen. Ini resepinya, untuk panduan yang lebih mantap boleh rujuk pada blog  masam manis  i...