Skip to main content

Posts

Apa itu Mentega & Fungsinya

Butter atau mentega merupakan salah satu bahan bakeri yang paling utama dalam pembuatan kek. Di Malaysia kebanyakan jenama yang sering kita temui di pasaraya ialah produk FarmCow, Buttercup dan Fernleaf. Mentega ini merupakan produk tenusu yang diperbuat daripada lemak susu lembu yang telah dipisahkan daripada komponen susu lain. Mentega mempunyai kira-kira 80% lemak mentega, ditambah 18% air dan 1% hingga 2% pepejal susu. Keunikan rasanya yang lemak berkrim memberikan masakan kek kita sedap dan lazat!. Ada beberapa penjelasan yang boleh didapati di beberapa laman web, bahawa sebelum ini mentega dianggap sebagai penyebab masalah kesihatan seperti kardiovaskular. Tetapi kini orang ramai menganggap mentega ini merupakan makanan yang sihat asalkan kita tidak mengambilnya secara berlebihan. Fungsi lemak dari mentega dalam kek adalah lebih kompleks. Kek biasanya dibuat dengan kaedah Creaming atau kaedah yang semua dalam satu. Peranan lemak adalah berbeza dalam setiap kes. ...

Jenis-jenis tepung dan kegunaannya

Kita selalu pergi ke pasaraya dan kedai runcit untuk membeli keperluan dapur. Dan ianya bergantung kepada apa yang kita perlukan. Contohnya tepung. Di Malaysia ada pelbagai jenis tepung contohnya tepung gandum, tepung beras, tepung pulut, tepung jagung dan sebagainya. Di sini saya ingin kongsikan tepung yang berkaitan dengan bakeri, Insya Allah saya akan kongsikan artikel tepung yang selalu digunakan dalam masakan kuih-muih tradisional Malaysia.  Tepung Gandum Tepung pelbagai-guna atau selalunya dilabelkan tepung gandum adalah tepung yang paling biasa digunakan dalam kategori bakeri. Tepung ini diperbuat daripada campuran tepung gandum halus dan kasar.Gandum merupakan bijiran yang mengandungi protein dan kanji. Tahap kandungan gluten dipengaruhi secara langsung oleh tahap kandungan protein yang ada pada tepung gandum. Maka kualiti prestasi tepung gandum itu dinilai berdasarkan berapa banyakkah gluten yang dapat dihasilkan. Ini kerana ia penentu struktur dan tekstur ramu...

Baking powder Vs Soda Bikarbonat

Di Malaysia, baking soda atau soda bikarbonat adalah merujuk kepada perkara yang sama, tetapi di Amerika sebagai contoh, ia disebut sebagai baking soda. Baking soda dan baking powder/serbuk penaik tidak boleh ditukar ganti, tapi matlamat keduanya adalah sebagai ejen penaik. Apabila dimasukkan ke dalam adunan, ejen penaik menyebabkan gelembung udara (yang terhasil melalui bahan adunan yang dikacau, diadun atau dipukul) yang mengembang apabila adunan dimasak maka terhasillah adunan kek yang gebu dan mengembang naik. Baking soda merupakan bahan penaik asli(BASE). Bahan ini akan bertindak balas dengan kelembapan dan bahan berasid untuk menghasilkan tindakbalas kimia yang menyebabkan kenaikan kuantiti makanan tersebut . Apabila sesuatu resipi itu memerlukan baking soda (BASE), ia biasanya memerlukan beberapa jenis ACID. Seperti susu mentega, gula perang, yogurt, jus lemon, cuka, krim tartar, sirap pekat, sos epal, serbuk koko semulajadi (proses tidak dutch), atau madu....

Pentingkah Gred telur untuk baking?

DiMalaysia, telur akan diperiksa dan digred mengikut saiz/gram dan kualiti mereka. Warna kulit telur itu (coklat atau putih) ditentukan oleh baka ayam dan mereka mempunyai kandungan nutrisi yang sama. DiMalaysia hampir kesemua pasaraya dan kedai runcit menjual telur jenis warna coklat. Warna telur kuning adalah bergantung kepada diet ayam itu. Sistem penggredan yang saya fahami diMalaysia adalah AA, A, B dan C. Ianya merujuk kepada kualiti luaran dan dalaman telur, dan saiz telur. Saiz telur antara lebih besar-lebih 70gm, besar-65gram, sederhana-60gram dan kecil-55gram. Sentiasa gunakan telur saiz yang dinyatakan dalam resipi. Jika saiz tidak dinyatakan dalam resepi itu, maka aggaplah ia adalah telur saiz A-besar. Kebanyakan telur yang digunakan untuk baking kek adalah pada suhu bilik. Satu cara yang cepat untuk memanaskan telur ke suhu bilik adalah dengan meletakkan ia di dalam air panas (bukan air mendidih ya :) ) selama 10 - 15 minit, jika tidak mahu maka boleh biarkan i...

Fungsi Telur dalam masakan

Acknowledgment :FreeDigitalPhotos.net, eggs by amenic181 Pengenalan Telur dihasilkan oleh haiwan betina dari pelbagai spesies, termasuk burung, reptilia, amfibia, mamalia, dan ikan. Ianya merupakan makanan pilihan manusia semenjak beribu tahun dahulu. Reptilia telur terdiri daripada kulit telur perlindungan, albumen (putih telur), dan vitellus (kuning telur), yang terkandung dalam pelbagai membran nipis. Pilihan yang paling popular untuk kegunaan telur adalah telur ayam. pilihan lain yang popular untuk hidangan dalam masakan ialah telur itik, telur puyuh, dan telur ikan. Kandungan Telur Secara keseluruhan kuning telur dan putih telur menyimpan sejumlah besar protein dan choline dan ianya digunakan secara meluas dalam masakan. Maka tidak hairanlah bila Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai makanan asasi dalam Piramid Panduan Makanan.kerana kandungan proteinnya. Walaupun pemakanan telur dinilai tinggi, terdapat beberapa isu-isu k...