Skip to main content

Posts

tips untuk kek carrot gebu

Resepi kek carrot ini hanya memerlukan telur,gula, minyak, lobak merah, kismis, walnut dan tepung, sedikit baking soda dan soda bikarbonat.  Untuk pastikan kek carrot kita lembut dan lembab ialah dengan- pastikan lobak diserat kemudian direndam selama 3 minit dalam air panas, ditapis airnya. putarkan mesin pemutar pada kelajuan tinggi untuk adunan telur dan gulanya sehingga bertukar warna cerah sikit dan gebu. pastikan telur guna Gred A pastikan kita letakkan minyak secara perlahan-lahan ditepi mangkuk adunan yang sedang berpusing. Gunakan whisk  untuk meratakan lobak merah,kismis dan walnut .  Putarkan mesin dalam 2-3 minit untuk ratakan tepungnya,selepas letakkan bahan bertepung (tepung,soda bikarbonat dan baking powder)  Kek carrot ini tidak memerlukan masa yang lama untuk masak. Untuk ketuhar saya ianya memerlukan 35minit-40minit dengan suhu 180 celsius. Jika saya menggunakan loyang 6 inci bulat, (untuk 1 adunan-8inci) maka masanya menjadi 50minit...

Jenis-jenis Kek keju

Emmmpph....kek keju merupakan kek yang paling saya suka. Rasanya seperti ais krim dan teksturnya lembut berkrim....antara search engine google kegemaran saya ialah resepi kek keju. Bila kita rujuk pada search google, maka akan keluar 2 jenis kategori iaitu no baking cheese cake dan baked cheese cake. No baking cheese cake atau kek keju tanpa dimasak selalunya menggunakan kombinasi krim keju dan whipping cream (Dairy/non-dairy). dan satu lagi resepi mengandungi kandungan gelatin dan putih telur.  Manakala baked cheese cake atau kek keju dibakar turut mengandungi kuning telur, tepung jagung,mentega dan krim. Memang ada bermacam-macam jenis resepi kek keju ini dan selalunya kalau kita pergi ke Cafe-Cafe franchise kebanyakan jenis kek keju yang disediakan ialah kek keju New York.  Berdasarkan kepada Wikipedia, New York Cheese kek ini mula dicetuskan pada tahun 1872 secara tidak sengaja oleh seorang chef yang berada di New York...Di mana kek keju yang dihasilkan...

Ini Kek Coklat Yang Saya Buat

Setakat ini, semua orang yang saya temui menggemari coklat termasuklah kek coklat. Bila saja sebut kek coklat maka terbayang rasanya yang lembut,lembab, penuh rasa coklat. Tambah-tambah ada letak badam atau walnut atau pecan...wallaahhh....sedapnya.... Ini mengingatkan saya ketika saya menjalankan tugas di area Bukit Bintang suatu ketika dulu....di situ saya pernah membeli kek coklat moist bersama pecan....emmm memang sedap... sebenarnya agak lama juga untuk saya dapatkan resepi kek coklat lembab. bila saya tanya rakan rakan saya, ada yang cakap resepi nya mudah..dan bila saya cuba dirumah tak jadi...  Saya pernah belajar untuk membuat kek coklat. Tapi ianya bukan seperti yang saya mahu. Tapi resepi-nya memang sedap... Hanya pada 2 tahun lepas, saya dapat mencari resepi kek coklat yang saya mahu itu...jutaan terima kasih kepada masam manis ....memang 100% resepi tulen. Ini resepinya, untuk panduan yang lebih mantap boleh rujuk pada blog  masam manis  i...

Perbezaan Gula Putih dan Gula Perang

   Ada pelbagai jenis gula putih yang boleh diperolehi di pasaran, seperti gula kasar, gula castor, gula icing dan gula kiub. Gula putih merupakan sukrosa yang terlerai selepas diekstrak daripada tebu. Apabila tebu sedia dituai, jus nya akan diekstrak dan proses ini dilakukan sehingga kelembapan dan tahap kandungan air berkurangan. ketika itu sukrosa semulajadi dalam jus mula terjadi. Perkataan Sukrosa berasal dari Perancis. Istilah ini bermaksud molekul gula yang terdapat dalam tumbuhan dan madu. Selepas proses ini dilakukan maka terbentuklah serbuk gula yang dikehendaki. untuk menjadi gula putih satu peringkat 'pemutihan/bleach' akan dilakukan. Proses kimia inilah menjadikan gula yang diekstrak dari tebu menjadi putih. Fungsi Gula Selain daripada fungsinya sebagai pemanis pada makanan dan minuman, ianya juga membantu dalam proses tindak balas kimia semasa memasak dan baking. di mana, ketika proses masak dan baking, gula akan menghasilkan ...

Apa itu Mentega & Fungsinya

Butter atau mentega merupakan salah satu bahan bakeri yang paling utama dalam pembuatan kek. Di Malaysia kebanyakan jenama yang sering kita temui di pasaraya ialah produk FarmCow, Buttercup dan Fernleaf. Mentega ini merupakan produk tenusu yang diperbuat daripada lemak susu lembu yang telah dipisahkan daripada komponen susu lain. Mentega mempunyai kira-kira 80% lemak mentega, ditambah 18% air dan 1% hingga 2% pepejal susu. Keunikan rasanya yang lemak berkrim memberikan masakan kek kita sedap dan lazat!. Ada beberapa penjelasan yang boleh didapati di beberapa laman web, bahawa sebelum ini mentega dianggap sebagai penyebab masalah kesihatan seperti kardiovaskular. Tetapi kini orang ramai menganggap mentega ini merupakan makanan yang sihat asalkan kita tidak mengambilnya secara berlebihan. Fungsi lemak dari mentega dalam kek adalah lebih kompleks. Kek biasanya dibuat dengan kaedah Creaming atau kaedah yang semua dalam satu. Peranan lemak adalah berbeza dalam setiap kes. ...