Skip to main content

Posts

3 Sebab Kenapa Saya Suka Essential Oil Lavender

Hi! Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Kali ini saya nak share pasal Essential Oil Lavender(eo lavender)...saya dah amalkan guna eo lavender ini sejak setahun yang lalu dan dengan izin Tuhan, banyak kebaikannya yang telah saya dapat. Di antaranya:- Pertama, sangat membantu bila ada kecemasan di dapur seperti terkena minyak panas... Bila dah terkena tu..peritnya rasa kulit..nak hilangkan pun ambil masa juga. Biasanya sebelum ini saya guna minyak biasa-biasa yang beli di kedai jamu, Tapi tempoh nak pulih tu memang agak lama juga dan ianya meninggalkan parut-kulit warna gelap...itu yang tak bestnya.. Jadi bila saya baca artikel dalam google dan rujuk pada buku mengenai fungsi Essential Oil Lavender ini...saya pun try test :) guna. Alhamdullilah...memang ada perbezaan. Dan yang paling best kulit tak ada kesan parut. Kesan sementara bila kita guna Essential Oil Lavender, kulit akan terasa panas sikit dalam 10 saat. Ok sangat tu sebab lepas itu kita akan rasa ...

2 Fakta yang Anda Perlu Tahu Mengenai Lemon Essential Oil Flavoring

Perkongsia saya kali ini ialah mengenai Lemon Essential Oil Flavoring.  2 Fakta yang Anda Perlu Tahu Mengenai Lemon Essential Oil Flavoring Pertama, Kalau kita pergi ke pasaraya atau kedai menjual bahan-bahan kek, perisa lemon boleh je atau senang je nak ditemui. Tapi kandungan atau bahan yang ada di dalamnya seharusnya kita semua tahu....bahan yang guna nama saintifik dan ianya diistilah juga sebagai 'mengandungi bahan perisa yang dibenarkan' . Jadi faham-fahamlah ianya mengandungi bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal bukan melalui kaedah semula-jadi. Manakala perisa yang saya kongsikan ini dihasilkan melalui kaedah 'cool-pressing' dan buah lemon ini dipetik secara segar dari ladang yang sudah diaudit dari segi sistem pengurusan pekerja dan sistem pengurusan ladang. Dan apa yang paling menarik ialah baja yang dipakai merupakan baja organik. Dan ladang-ladang ini tidak menggunakan racun serangga kimia tapi mereka menggunakan bahan organik untuk ...

Resepi Yang Mesti Dicuba Guna Peppermint Essential Oil Flavoring

Hi! Salam Sejahtera semua!. Terima kasih kerana singgah ke blog saya ini. Kali ini saya nak berkongsi berkenaan dengan Peppermint essential oil flavoring. Kalau anda nak tahu pasal apa itu essential oil atau essential oil flavoring, boleh klik di sini. Ok, untuk Peppermint essential oil flavoring ini, rasanya sudahlah pasti rasa daun pudina. Dan ianya 100% minyak pati daun pudina, tanpa ada bahan pengawet dan bahan tiruan. Resepi yang boleh kita guna eo flavoring ini ada banyak. Sebagai contoh:- untuk masakan kita boleh letakkan ke dalam Nasi Briyani. Untuk desert, kita boleh letakkan ke dalam ais-krim, chocolate ganache, kek coklat dan biskut coklat chips.

Cinnamon Essential Oil Flavoring dalam Resepi Kek Carrot-Mudah dan Lebih Berkhasiat!

Kek carrot saya adalah kek yang diadun bersama lobak merah yang telah diparut halus, kismis dan kekacang badam atau walnut. kombinasi ini menghasilkan rasa yang unik. Untuk menyediakan kek carrot lembab ini adalah bergantung pada kesegaran dan cara penyediaan lobak merahnya. Saya akan pastikan parutan lobak merah ini mesti direndam selama 3 minit dalam air panas kemudian ditapis airnya.  Kismisnya saya akan potong halus-halus agar jusnya akan meresap kedalam kek. Walnutnya pula saya akan bakarkan ke dalam ketuhar sehingga mengeluarkan aromanya yang sedap dan bertukar warna menjadi sedikit coklat. Resepi kek carrot ini sangat mudah sebenarnya. Hanya memerlukan telur,gula, minyak, lobak merah, kismis, walnut dan tepung, sedikit baking soda dan soda bikarbonat. untuk saya menyediakan kek ini saya akan adun dahulu telur dan  gulanya sehingga bertukar warna lemon kemudian baru saya letakkan minyak secara perlahan-lahan ditepi mangkuk adunan yang sedang berpu...

2 Tips nak cuba resepi kek baru

Photo by Lisa Fotios from Pexels Kadang -kadang kita nak juga cari resepi kek baru untuk dicuba. jadi bila kita google nama resepi tu macam-macam senarai laman web yang kita jumpa. sampai tak tahu nak guna yang mana atau yang mana lebih tulen resepinya. sebab pernah sekali saya guna resepi kek yang saya jumpa dalam internet tapi sayangnya kek itu tidak sedap.  Di sini saya kongsikan pengalaman saya agar ianya bermanfaat.      Pertama, kita mesti baca  dan faham semua senarai dan arahan yang diberi. Kadang-kadang senarai bahan tidak dinyatakan tapi ada diberi penerangan dalam penyediaan. Dan lagi jika dalam resepi kek itu ada bahan bikarbonat nasihat saya berhati-hati akan sukatannya kerana bahan ini sangat sensitif jika diambil berlebihan kek akan pahit. Bahan bikarbonat mestilah sama nisbah atau separuh dari sukatan baking powder. Kalau saya, jika resepi kek itu tidak mengandungi serbuk koko, saya akan tinggalkan sukatan soda bikarbonat tersebut. ...

Kebaikan minyak zaitun dalam Kek

Photo by Buenosia Carol from Pexels Tak dinafikan kek mengandungi lemak yang mengandungi banyak kalori.  Sungguhpun yang demikian, kita masih boleh menikmati kek kita dengan rasa gembira apabila mengetahui bahawa kita boleh menyediakan kek yang sihat dengan menggunakan minyak iaitu bukan lemak padat, seperti mentega dan lemak sayuran.  Ketahuilah bahawa setiap jenis lemak memberi kesan kepada kek dengan cara yang berbeza.  Kelembutan dan kelembapan kek berasaskan minyak lebih lembut dan lembap daripada yang dibuat dengan mentega, kerana protein minyak dapat menyaluti protein tepung gandum lebih baik daripada mentega. Manakala protein yang terhasil dari mentega tidak dapat menyaluti protein tepung gandum dengan secukupnya, maka protein tepung gandum ini akan mengikat dengan air. Hasilnya membuatkan struktur kek tidak begitu gebu dan agak kenyal.  photo credited to Pexels Minyak zaitun merupakan salah satu minyak yang paling sihat kerana asid lemak tanpa ...

KINDER JOY OH...KINDER JOY

Terus-terang nak bagitau, bukan senang nak menyiapkan kek sebesar ini ya. Saya memang sangat menghormati pakar-pakar kek fondant ini. 2 hari tangan saya sengal-sengal.... huhu. Nak uli fondant ini oh Tuhan punyalah payah.  Inilah dia gambar kek bersama birthday boy. Kek ini tingginya adalah 10 inci dan beratnya melebihi 3kg. Maaf mesin penimbang saya boleh timbang setakat 2 kg sahaja :) Untuk base kek ini saya buat butter Orange delight kek bersama cream cheese. Dan kalau nak tahu, kek ini tak cukup fondant...hehehe.... sepatutnya kena guna 1.5kg fondant tapi saya guna cuma 1kg sahaja. Ingat dah cukup, jadi nak cukupkan dia saya nipiskan ketebalannya. Itu yang nampak tidak kemas...hehe. Pengalaman ini amat berharga untuk saya, sebab saya sudah faham bagaimana untuk tahu ketebalan fondant, jumlah fondant dan membentuk kek 3D ini.  Jadi projek saya yang seterusnya ialah kek Hello Kitty pula! OK, Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini.  Terima Kasi...

Resepi Muffin Ala Kenny Rogers

Mungkin ramai dah pernah makan mufinnya yang sedap di Kenny Rogers. Mufin yang saya gemari ialah mufin jagungnya. Sangat lembut dan gebu. Jadi bila dah duduk di kawasan luar bandar ini memang sukarlah nak pergi membeli mufin Kenny Rogers ini. Jadi bila teringin nak makan kenalah buat sendiri. Tapi mana nak dapatkan resepinya kan kalau tak mencari dalam Google. Jadi bila saya taip saje resepi 'mufin Kenny Rogers' tak banyak blog yang ada resepi ini dengan ramuan yang betul. Saya ada cuba satu resepi dari satu blog tapi ianya agak keras dan tidak gebu. Jadi saya cuba satu lagi resepi yang saya perolehi dari blog yang lain dan syukur walaupun tidak 100% sama macam mufin Kenny Rogers tapi ianya mempunyai rasa dan bau yang hampir sama. Anda boleh lihat dari gambar di bawah, warnanya agak kecoklatan sedikit. Ini disebabkan saya menggunakan serbuk nestum yang dah diblend.  Tapi kalau anda nak cuba guna cornflake yang diblend apa salahnya kan?. Mungkin nanti saya akan buat. ...

Tips untuk shoot gambar kek

Selepas baca satu blog baru saya tahu beberapa tips untuk ambil gambar makanan atau untuk saya ialah kek... Dari pemahaman saya, faktor paling utama ialah cahaya. Cahaya matahari atau natural light adalah cahaya yang paling bagus, tetapi bukan cahaya pada kawasan lapang yang panas dek terik mentari. ianya cahaya di kawasan bawah pokok, atau bawah bumbung bangunan seperti garaj, pondok atau khemah. kedudukan cahaya diposisi arah jam 9 dan 3 yang baik. Faktor keduanya ialah faktor base/meja tempat makanan itu diletak. dimana warna kuning warna yang patut dielakkan manakala warna putih atau warna asal kayu adalah warna yang menaikkan seri gambar tersebut. jadi sekarang apa yang penting untuk saya ialah kena praktikkan...dan..ini gambar gambar yang saya ambil. ya, masih diperingkat bawahan lagi. Kedua-dua Gambar ini diambil waktu cuaca mendung Gambar ini diambil waktu petang dalam cuaca cerah

Kiisah Kek MineCraft

Al-kisah di satu dunia bernama minecraft terdapat sebuah rumah kecil di pinggir hutan. Di sisi rumah itu tumbuhlah sebatang pohon epal yang rimbun. malah di atas atap rumahnya terdapat sehampar rumput yang segar.... Di hadapan pohon epal itu pula terdapat kolam yang ditaburi dedaun. Dan di sisi rumah itu kelihatan batasan sayur sawi.... Itulah kisah kek minecraft yang diilhamkan dan dihiasi oleh anak-anak saya...sekian, terima kasih.

Tips untuk elakkan edible image berkedut

Dah lama rasanya saya tak menulis blog. Untuk perkongsian hari ini ialah bagaimana mahu kurangkan kedut edible image di atas kek. Pada pengetahuan saya, edible image ini dibuat di atas kertas gula dan dicetak menggunakan printer yang khusus menggunakan pewarna makanan. Pengalaman saya pula dalam mengendalikan edible image ini sangatlah menyedihkan. Contohnya boleh tengok gambar dibawah ini, begitu berkedut sekali....mujurla sangat yang tempah ini jiran yang sporting sangat... Kemudian tak lama lepas tu ada lagi order kek nak letak edible image juga...waduh...berpeluh rasanya dok menaip dalam google tips-tips berkesan untuk meletak image atas kek. Syukur ada satu tips yang saya yakin berkesan dan boleh membantu....iaitu menggunakan coklat compound yang dicairkan. Dibawah ini saya kongsikan gambar edible image itu telah diletakkan atas coklat compound. Cara-caranya:- cairkan coklat compound menggunakan method double boil Berapa banyak? sekadar mencukupi untuk di...

tips untuk kek carrot gebu

Resepi kek carrot ini hanya memerlukan telur,gula, minyak, lobak merah, kismis, walnut dan tepung, sedikit baking soda dan soda bikarbonat.  Untuk pastikan kek carrot kita lembut dan lembab ialah dengan- pastikan lobak diserat kemudian direndam selama 3 minit dalam air panas, ditapis airnya. putarkan mesin pemutar pada kelajuan tinggi untuk adunan telur dan gulanya sehingga bertukar warna cerah sikit dan gebu. pastikan telur guna Gred A pastikan kita letakkan minyak secara perlahan-lahan ditepi mangkuk adunan yang sedang berpusing. Gunakan whisk  untuk meratakan lobak merah,kismis dan walnut .  Putarkan mesin dalam 2-3 minit untuk ratakan tepungnya,selepas letakkan bahan bertepung (tepung,soda bikarbonat dan baking powder)  Kek carrot ini tidak memerlukan masa yang lama untuk masak. Untuk ketuhar saya ianya memerlukan 35minit-40minit dengan suhu 180 celsius. Jika saya menggunakan loyang 6 inci bulat, (untuk 1 adunan-8inci) maka masanya menjadi 50minit...

Jenis-jenis Kek keju

Emmmpph....kek keju merupakan kek yang paling saya suka. Rasanya seperti ais krim dan teksturnya lembut berkrim....antara search engine google kegemaran saya ialah resepi kek keju. Bila kita rujuk pada search google, maka akan keluar 2 jenis kategori iaitu no baking cheese cake dan baked cheese cake. No baking cheese cake atau kek keju tanpa dimasak selalunya menggunakan kombinasi krim keju dan whipping cream (Dairy/non-dairy). dan satu lagi resepi mengandungi kandungan gelatin dan putih telur.  Manakala baked cheese cake atau kek keju dibakar turut mengandungi kuning telur, tepung jagung,mentega dan krim. Memang ada bermacam-macam jenis resepi kek keju ini dan selalunya kalau kita pergi ke Cafe-Cafe franchise kebanyakan jenis kek keju yang disediakan ialah kek keju New York.  Berdasarkan kepada Wikipedia, New York Cheese kek ini mula dicetuskan pada tahun 1872 secara tidak sengaja oleh seorang chef yang berada di New York...Di mana kek keju yang dihasilkan...

Ini Kek Coklat Yang Saya Buat

Setakat ini, semua orang yang saya temui menggemari coklat termasuklah kek coklat. Bila saja sebut kek coklat maka terbayang rasanya yang lembut,lembab, penuh rasa coklat. Tambah-tambah ada letak badam atau walnut atau pecan...wallaahhh....sedapnya.... Ini mengingatkan saya ketika saya menjalankan tugas di area Bukit Bintang suatu ketika dulu....di situ saya pernah membeli kek coklat moist bersama pecan....emmm memang sedap... sebenarnya agak lama juga untuk saya dapatkan resepi kek coklat lembab. bila saya tanya rakan rakan saya, ada yang cakap resepi nya mudah..dan bila saya cuba dirumah tak jadi...  Saya pernah belajar untuk membuat kek coklat. Tapi ianya bukan seperti yang saya mahu. Tapi resepi-nya memang sedap... Hanya pada 2 tahun lepas, saya dapat mencari resepi kek coklat yang saya mahu itu...jutaan terima kasih kepada masam manis ....memang 100% resepi tulen. Ini resepinya, untuk panduan yang lebih mantap boleh rujuk pada blog  masam manis  i...

Perbezaan Gula Putih dan Gula Perang

   Ada pelbagai jenis gula putih yang boleh diperolehi di pasaran, seperti gula kasar, gula castor, gula icing dan gula kiub. Gula putih merupakan sukrosa yang terlerai selepas diekstrak daripada tebu. Apabila tebu sedia dituai, jus nya akan diekstrak dan proses ini dilakukan sehingga kelembapan dan tahap kandungan air berkurangan. ketika itu sukrosa semulajadi dalam jus mula terjadi. Perkataan Sukrosa berasal dari Perancis. Istilah ini bermaksud molekul gula yang terdapat dalam tumbuhan dan madu. Selepas proses ini dilakukan maka terbentuklah serbuk gula yang dikehendaki. untuk menjadi gula putih satu peringkat 'pemutihan/bleach' akan dilakukan. Proses kimia inilah menjadikan gula yang diekstrak dari tebu menjadi putih. Fungsi Gula Selain daripada fungsinya sebagai pemanis pada makanan dan minuman, ianya juga membantu dalam proses tindak balas kimia semasa memasak dan baking. di mana, ketika proses masak dan baking, gula akan menghasilkan ...

Apa itu Mentega & Fungsinya

Butter atau mentega merupakan salah satu bahan bakeri yang paling utama dalam pembuatan kek. Di Malaysia kebanyakan jenama yang sering kita temui di pasaraya ialah produk FarmCow, Buttercup dan Fernleaf. Mentega ini merupakan produk tenusu yang diperbuat daripada lemak susu lembu yang telah dipisahkan daripada komponen susu lain. Mentega mempunyai kira-kira 80% lemak mentega, ditambah 18% air dan 1% hingga 2% pepejal susu. Keunikan rasanya yang lemak berkrim memberikan masakan kek kita sedap dan lazat!. Ada beberapa penjelasan yang boleh didapati di beberapa laman web, bahawa sebelum ini mentega dianggap sebagai penyebab masalah kesihatan seperti kardiovaskular. Tetapi kini orang ramai menganggap mentega ini merupakan makanan yang sihat asalkan kita tidak mengambilnya secara berlebihan. Fungsi lemak dari mentega dalam kek adalah lebih kompleks. Kek biasanya dibuat dengan kaedah Creaming atau kaedah yang semua dalam satu. Peranan lemak adalah berbeza dalam setiap kes. ...

Jenis-jenis tepung dan kegunaannya

Kita selalu pergi ke pasaraya dan kedai runcit untuk membeli keperluan dapur. Dan ianya bergantung kepada apa yang kita perlukan. Contohnya tepung. Di Malaysia ada pelbagai jenis tepung contohnya tepung gandum, tepung beras, tepung pulut, tepung jagung dan sebagainya. Di sini saya ingin kongsikan tepung yang berkaitan dengan bakeri, Insya Allah saya akan kongsikan artikel tepung yang selalu digunakan dalam masakan kuih-muih tradisional Malaysia.  Tepung Gandum Tepung pelbagai-guna atau selalunya dilabelkan tepung gandum adalah tepung yang paling biasa digunakan dalam kategori bakeri. Tepung ini diperbuat daripada campuran tepung gandum halus dan kasar.Gandum merupakan bijiran yang mengandungi protein dan kanji. Tahap kandungan gluten dipengaruhi secara langsung oleh tahap kandungan protein yang ada pada tepung gandum. Maka kualiti prestasi tepung gandum itu dinilai berdasarkan berapa banyakkah gluten yang dapat dihasilkan. Ini kerana ia penentu struktur dan tekstur ramu...